izzat.dahelan ✳
SIRI PENULISAN / pulau-babi

Pulau Babi

Himpunan tulisan yang dibaca mengikut urutan.

1 prolog
← Kembali ke semua siri

Senarai episod & tulisan

Baca dari awal atau pilih mana-mana episod.

PROLOG00
Siri Penulisan

Prolog - Pulau Babi

Di sebuah pekan pesisir bernama Metulu, yang lebih dikenali sebagai Pulau Babi, kehidupan manusia dipenuhi rahsia, dosa dan kemunafikan. Adam, seorang pemuda pendiam yang mencari rezeki dengan bot tambang bernama Sabar, menyimpan segala isi hatinya dalam sebuah buku catatan usang. Pertemuannya dengan Julita, perempuan cantik yang menjadi milik bangsawan bernama Damkar, menumbuhkan cinta yang tidak pernah berani dilafazkannya. Bertahun-tahun kemudian, Adam mengetahui bahawa cintanya berbalas, tetapi ketika itu yang tinggal hanyalah kenangan, sepucuk surat dan kata-kata yang tidak lagi mempunyai tempat untuk dituju. Pulau Babi mengisahkan cinta yang tidak terucap, jurang darjat, kemunafikan masyarakat dan penyesalan yang datang bersama kehilangan.

Oleh Izzat Dahelan · 2026-11-01